PETALING JAYA: Selebriti Awal Ashaari yang didakwa atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan itu.
Peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya bercadang untuk mengemukakan representasi berdasarkan dokumen yang diterima daripada pihak pendakwaan hari ini.
"Kami sahkan sudah menerima dokumen daripada pendakwaan dan bercadang untuk mengemukakan representasi berkenaan pertuduhan. Mohon arahan lanjut mahkamah," katanya pada prosiding di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Ab Manaff.
Muhammad Iskandar berkata pihak pembelaan boleh memfailkan representasi sekiranya dokumen yang diterima pada hari ini telah mencukupi dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Hamizah berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkaitan kes yang telah diserahkan oleh pihak pendakwaan sebelum memutuskan jenis representasi yang akan dikemukakan.
Pada 17 Mei lepas, personaliti televisyen itu mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik Pengurusan Challis Damansara yang nilai kerugian dianggarkan RM600, di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, pada 11.30 pagi, 16 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Pihak Awal Ashaari bercadang untuk mengemukakan representasi berdasarkan dokumen yang diterima daripada pihak pendakwaan hari ini. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Walaupun pedih, kritikan bantu tingkatkan karya
Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.
Kes pengacara Awal Ashaari rosakkan palang digugur
Mahkamah menggugurkan pertuduhan terhadap pengacara, Awal Ashaari berhubung kes lakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal.
"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.
'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.
Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.
Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.
Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.
Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.
Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.